PH, PN gali lubang untuk tutup lubang – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuklah Bersatu ketika selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) telah banyak menjual aset negara terutamanya milik Khazanah Negara.

Menurutnya, ketika mula menjadi Perdana Menteri dan pengerusi Khazanah, nilai asetnya telah naik dari RM33 bilion ke RM116 bilion.

“Antara aset yang dibina oleh Khazanah termasuk syarikat rangkaian hospital IHH Healthcare Bhd yang kita bina menjadi syarikat rangkaian hospital kedua terbesar dalam dunia dengan nilai RM50 bilion.

“Selepas PRU-14 pula, kerajaan PH telah menjual sebahagian saham dalam IHH Bhd kepada negara Jepun dengan harga RM8.4 bilion sehingga IHH berhad bertukar dari syarikat milik Malaysia ke syarikat milik Jepun,” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, walaupun berasa marah dengan penjualan itu namun berharap dana RM8.4 bilion hasil jualan itu digunakan bagi menepati janji manifesto PH untuk menghapuskan sepenuhya hutang peneroka yang berjumlah RM7 bilion masa itu.

“Tetapi kerajaan PH dan PN tidak berbuat demikian.

“Ramai yang tidak sedar bahawa pada akhir tahun 2020 di bawah kerajaan Muhyiddin, FELDA telah meminjam RM9.9 bilion dengan menerbitkan Sukuk dengan tujuan utama ianya digunakan untuk menghapuskan hutang peneroka,” katanya.

Najib mempersoalkan kenapa dana yang diperoleh dari penjualan aset negara tidak digunakan untuk menghapuskan hutang peneroka tanpa syarat, sebaliknya FELDA kena meminjam RM9,9 bilion lagi.

“Penghapusan hutang peneroka pula perlu bersyarat dan peneroka diperlukan untuk menandatangani perjanjian penghapusan hutang? Kenapa perlu gali lubang untuk tutup lubang?

“Siapa yang akhirnya akan membayar balik penambahan hutang RM9.9 bilion ini? soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here