Tengku Zafrul lebih setia pada bekas PM – Asyraf Wajdi

0
1
Asyraf Wajdi-Tengku Zafrul

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Abdul Aziz yang didakwa lebih setia kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, ianya selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu meminta Tengku Zafrul menyampaikan laporan kepadanya berkaitan kedudukan kewangan negara.

Beliau memetik kenyataan Muhyiddin ketika berucap di Majlis Pelancaran PN Johor semalam yang meminta laporan kewangan negara daripada Menteri Kewangan serta mendakwa akan mendedahkan bagaimana kedudukan sebenar kewangan negara.

“Nampaknya Menteri Kewangan Tengku Zafrul lebih setia pada bekas PM (Perdana Menteri) yang melantiknya. Patutlah,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi juga bertanya kepada Muhyiddin sama ada beliau sudah bersedia untuk ‘tekan butang’ seperti yang sering Ahli Parlimen Pagoh itu suarakan.

“Agak-agak Abah (Muhyiddin) sudah bersedia untuk tekan butang atau tidak?,” soalnya sinis.

Semalam, Muhyiddin ketika berucap dalam Majlis Pelancaran PN Johor yang disiarkan di laman Facebooknya, berkata kedudukan kewangan negara yang didakwa ‘tidak semolek’ seperti digambarkan.

Bekas Perdana Menteri itu, berkata sekiranya mandat diberikan kepada Barisan Nasional (BN) sekali lagi, beliau tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara yang sudah dirosakkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here