SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, memohon Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya mengejut diadakan.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, langkah itu untuk mengembalikan mandat kepada rakyat bagi menentukan pemimpin pilihan mereka, sekali gus jalan terbaik menyelesai kemelut politik yang melanda negara.
“Selamat mengundi ikut suara hati,” katanya menerusi ciapan di Twitter, semalam.
Annuar juga berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri, tidak kira berapa bilangan Ahli Parlimen dan daripada parti mana yang menyokongnya.
“Mari kita selesaikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dulu dan kemudian kita serahkan rakyat untuk membuat pilihan untuk semua,” katanya. – Malaysiapost

