Agong, Permaisuri mengimbau nostalgia lawat Taman Tasik Perdana

0
2

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur semalam.

Menurut hantaran di Instagram Istana Negara, dalam lawatan selama dua jam itu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beriadah bersama cucunda, Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.

Dalam hantaran itu juga berkata lawatan tersebut amat bermakna bermakna buat Al-Sultan Abdullah kerana ia mengimbau kembali detik nostalgia baginda.

“Ini adalah kerana kali terakhir Seri Paduka berangkat melawat Taman Tasik Perdana ialah ketika baginda berusia 11 tahun iaitu pada 1970.

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Taman Tasik Perdana pada jam 5 petang hari ini (semalam) disambut Datuk Bandar Kuala Kumpur, Datuk Seri Haji Mahadi Bin Che Ngah,” menurut hantaran itu.

Seri Paduka berdua turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama pengunjung-pengunjung di Taman Tasik Perdana. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here