Menang kes saman, balu Abam Bocey ‘lepas hajat’ sedekah buah di masjid

0
2
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali

“ALHAMDULILLAH hari ini saya ‘lepas hajat’ bersedekah kepada orang masjid,” kata balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

Menerusi hantaran InstaStorynya, Hidayah dilihat meraikan kemenangan kes samannya hari ini dengan memberi sedekah buah-buahan di sebuah masjid.

Dalam hantaran itu, Hidayah memaklumkan dia mahu membeli buah-buahan di sebuah gerai jualan untuk disedekahkan ke Surau Nurul Iman, Seksyen 6 Kota Damansara.

Dalam video tersebut, Nor Hidayah turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah berhenti berdoa dan memberi semangat kepadanya dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Terima kasih kepada yang mendoakan saya dan Hamzah. Hari ini saya nak beli buah-buahan dan sedekah kepada jemaah surau. Terima kasih yang mendoakan saya dari ‘A to Z’,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Nor Hidayah, menang dalam kes saman fitnah difailkan terhadap bekas adik iparnya, Ali Puteh, yang turut diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, selepas dua tahun kes saman fitnah itu berlangsung.

Zulqarnain memerintahkan pembayaran ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan balas yang dikemukakan Nor Hidayah selaku plaintif terhadap Ali Puteh, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, selaku defendan.

Ia berhubung hantaran berbentuk penghinaan kepadanya di laman sosial Instagram, dua tahun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here