Ebit Lew dituduh hantar gambar, perkataan lucah di WhatsApp

0
2
Ebit Lew

POLIS meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew berjalan lancar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, berkata Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

“Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Abdul Jalil berkata, berdasarkan 11 pertuduhan ke atas pendakwah tersebut, 10 daripadanya di daerah Tenom manakala satu di Semenanjung.

“Mangsa berusia lingkungan 21 hingga 40 tahun,” katanya.

Jelas beliau, jika sabit kesalahan, Ebit berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut tampil bagi membantu pihak polis.

Hari ini, Ebit Lew dihadapkan ke Mahkamah Tenom, Sabah, atas 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Beliau tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Ebit, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here