26,701 kes baharu Covid-19 semalam

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

MALAYSIA melaporkan 26,701 kes baharu Covid-19 semalam berbanding 27,831 kelmarin, sekali gus jumlah kumulatif meningkat kepada 3,138,215 kes.

Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, hanya 118 kes iaitu 0.44 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 26,583 kes iaitu 99.56 peratus lagi terdiri kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) iailah 216 kes (98 kes disahkan COVID-19; 118 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sebanyak 141 pesakit memerlukan bantuan pernafasan iaitu 55 daripadanya telah disahkan Covid-19, 86 kes disyaki dan masih dalam siasatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata KKM juga melaporkan 11,744 kes sembuh semalam sekali gus merekodkan sebanyak 2,888,194 pesakit telah sembuh sejak Covid-19 melanda negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here