PN parti yang bawa pembaharuan, dengar keluh kesah rakyat – Azmin

0
2

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali yakin rakyat akan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

Ini kerana, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, PN adalah sebuah gabungan yang sentiasa membawa pembaharuan serta mendengan keluhan rakyat.

“Saya percaya, sokongan rakyat terhadap PN akan terus berkekalan kerana kita adalah gabungan parti politik yang membawa pembaharuan dan sentiasa mendengar keluh resah rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu semalam beliau yang juga Ketua Penerangan PN hadir Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina PN Johor dianjurkan Parti Gerakan yang turut dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Mohamed Azmin, majlis itu sebenarnya lebih kepada ruang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan rakan-rakan PN Johor bagi berbincang perkembangan ekonomi serta langkah menghadapi PRN.

“Saya turut mengingatkan rakan-rakan PN Johor agar sentiasa memberikan pesanan kepada rakyat supaya terus mematuhi SOP sepanjang tempoh berkempen,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here