Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak

0
2
Kelihatan hujan lebat di Kuala Lumpur petang tadi.

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sarawak petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa kawasan di negeri itu sehingga jam 5 petang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang sehingga 5 petang pada Khamis,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here