Malaysia tuan rumah kelayakan Piala Asia 2023

0
2

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Asia 2023.

Perkara itu diumumkan AFC di Twitter rasminya yang turut mengumumkan lima lagi negara yang terpilih menjadi tuan rumah iaitu India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Uzbekistan.

Menurut AFC, semua perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’.

Langkah itu dibuat setelah mengambil kira faktor dan mengekang penularan Covid-19.

“Tiga tarikh telah ditetapkan untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 iaitu 8,11 dan 14 Jun 2022. Pasukan yang akan menentang Malaysia bakal ditentukan melalui undian rasmi pada 24 Februari ini,” katanya.

Menurut AFC, pembahagian pasukan dalam balang undian adalah berdasarkan kedudukan ranking FIFA pada 10 Februari 2022.

Malaysia berada dalam balang tiga undian Kelayakan Piala Asia 2023 bersama Afghanistan, Yemen, Myanmar, Maldives dan Indonesia.

“Semua 24 pasukan ini akan diundi dalam enam kumpulan. Hanya juara kumpulan dan lima pasukan naib juara kumpulan terbaik akan dapat tiket beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2023,” katanya.

Semua pasukan itu akan menyertai 12 pasukan daripada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 yang telah mengesahkan tempat lebih awal untuk membentuk 24 pasukan terbaik bertanding di Piala Asia 2023 di China pada 17 Jun hingga 16 Julai 2023.

Sebanyak 12 pasukan yang telah mengesahkan tempat di Piala Asia 2023 ialah Vietnam, Syria, China, Australia, Iraq, Iran, Saudi Arabia, Oman, Japan, UAE, Korea and Lebanon. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here