70 peratus murid SK tidak ambil vaksin di Pulau Pinang

0
2

HANYA lima peratus murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pulau Pinang tidak hadir untuk vaksinasi, berbanding 70 peratus murid Sekolah Kebangsaan (SK).

Perkara itu dinyatakan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter miliknya sebentar tadi.

Bagaimanapun, Khairy tetap berterima kasih kepada ibu bapa yang memberi kerjasama dengan membawa anak-anak untuk divaksinasi bagi memberi perlindungan kepada mereka daripada wabak Covid-19.

“Laporan pelaksanaan #PICKids PPV Sekolah di lapangan: di sebuah SJKC di Pulau Pinang hanya 5 peratus murid tidak hadir untuk vaksinasi.

“Di SK berdekatan 70 peratus tidak hadir untuk vaksinasi. Ini realiti di lapangan. Terima kasih kepada ibubapa yang melindungi anak anda,” katanya.

Pada 11 Februari lalu, Khairy memaklumkan sebanyak 80 peratus masyarakat Cina di Malaysia telah mengambil suntikan dos penggalak, namun data melibatkan kaum Melayu kurang 50 peratus.

Beliau berkata, hanya 47.9 peratus masyarakat Melayu di seluruh negara telah mengambil dos ketiga vaksin Covid-19 setakat 10 Februari 2022.

Khairy turut memuat naik carta liputan dos penggalak mengikut kaum yang menunjukkan Melayu (47.9 peratus), Cina (81.3 peratus), India (56.4 peratus), Orang Asli atau Bumiputera lain (49.6 peratus) dan lain-lain (50.6 peratus). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here