Bapa ‘willie’ motosikal sambil perjudikan nyawa anak kecil

0
1

SEORANG bapa dikesan membahayakan nyawa anak perempuannya yang masih kecil apabila dirakam melakukan aksi ‘willie’ ketika menunggang motosikal.

Video aksi berbahaya berdurasi 41 saat itu kini tular di media sosial sejak semalam dan mendapat kecaman warganet yang berpendapat perbuatan itu bukan sahaja berbahaya dan menyalahi undang-undang tetapi memperjudikan nyawa anaknya.

Dalam rakaman video berkenaan lelaki terbabit menerima cabaran perakam video yang dipercayai kenalannya untuk melakukan aksi ‘willie’ atau aksi mengangkat tayar hadapan sambil membawa anaknya.

Aksi lagak ngeri itu dilakukan di jalan raya dengan lelaki berkenaan dan anaknya tidak memakai topi keledar.

Sejak dimuat naik di satu akaun Twitter, video itu sudah ditonton lebih 192,000 kali.

“Bapa yang suka risikokan anak memang tak pikir jauh ke apa!” katanya seorang netizen.

“Alaa bodohnya, bawak anak satu hal, tak pakai helmet satu hal, tak cover no plate satu hal. Berapa kali bodoh ni?” kata seorang lagi warga maya.

“Aku geram wei pantang dicabar tanpa fikir keselamatan anak. Tak boleh bayangkan kalau dia up motor ada kenderaan kat depan tak boleh elak anak tu.

“Yang cabar tu otak tergilis kat jalan ke apa sampai tak boleh fikir nyawa orang. Ehhh bengap sejak azali ke apa nie,” marah seorang lagi netizen.

Rata-rata yang menonton video berkenan mahu lelaki dan perakam video berkenaan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kerana membahayakan nyawa kanak-kanak.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan bila dan dimana kejadian itu berlaku. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here