‘Musuh utama PH, tapi BN pula yang diserang’ – Zahid sindir PN

0
2

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hairan dengan sikap pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang berterusan menyerang partinya sedangkan tidak melakukan perkara sama terhadap Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, BN mengambil pendekatan untuk tidak bergaduh dan hanya menjawab tohmahan dilemparkan lawan politik termasuk PN.

Katanya, sekiranya BN tidak menjawab tuduhan berkenaan, ia dibimbangi akan mempengaruhi rakyat seperti mana yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Yang telah dijawab pun tetap mereka akan putar belitkan. Inikan kalau tidak dijawab.

“Maka menjadi kewajipan BN untuk mempertahankan diri dan menjelaskan yang sebenar kepada umum.

“Tetapi jadi sasaran bertubi-tubi PN kali ini adalah BN sehinggakan fitnah terhadap Pengerusi BN diulang semula,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno, menyidir PN kerana mudah melenting jika ‘diusik’ sedangkan parti itu tidak berasa bersalah membuat serangan bertalu-talu terhadap BN.

“Pakatan Harapan (PH) belum nampak bergaduh menjelang PRN Johor kerana tidak ‘diserang’ oleh PN.

“Apa pun itu yang agak menghairankan sedangkan pimpinan PN sering melabelkan PH musuh umat yang nyata.

“Mengapa terdapat perbezaan sikap PN terhadap BN dan PH untuk PRN Johor kali ini biar rakyat merumuskan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here