
KES baharu Covid-19 di Malaysia meningkat 5,698 kes kepada 27,831 hari ini, berbanding 22,133 jangkitan yang dilaporkan semalam.
Angka terbaharu itu adalah jumlah kes harian tertinggi pernah dicatatkan sejak wabak tersebut melanda negara lebih dua tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes di Malaysia kini 3,111,514 kes.
Menurutnya, daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, 97 kes atau 0.35 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5.
Pada masa sama, sebanyak 27,734 kes (99.65 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Berikut perincian penuh kes hari ini:
Kategori 1 : 7,606 kes (27.33%)
Kategori 2 : 20,128 kes (72.32%)
Kategori 3 : 59 kes (0.21%)
Kategori 4 : 28 kes (0.10%)
Kategori 5 : 10 kes (0.04%)
