Ahli Pas tidak akan patuh jika diajak bergabung semula dengan DAP – Mokhtar Senik

0
2

AHLI Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Mokhtar Senik percaya ahli parti itu akan menerima sekiranya ditakdirkan Muafakat Nasional (MN) dengan Umno dibubarkan.

Menurutnya, ia kerana semua ahli Pas diasuh dengan walak dan that iaitu kepatuhan, kasih dan setia dengan ikhlas kepada perjuangan Islam kerana Allah dan kepatuhan mengikut perintah.

Bagaimanapun beliau berpendapat ahli Pas tidak akan patuh jika diajak menyokong bergabung semula dengan DAP untuk membalas dendam terhadap Umno.

“Alhamdulillah..jadi pimpinan Pas ini agak mudah ketika mengendalikan ahli. Kerana ada satu asuhan dalam Pas yang tiada dalam parti lain iaitu walak dan taat

“Tapi pimpinan pulak jangan ambil kesempatan atas sifat walak ahli itu. Takdir pimpinan buat keputusan membubarkan MN saya percaya ahli akan akur walaupun jauh disudut hati mereka sayangkan ikatan ukhuwah itu.

“Tapi kalau ahli diajak menyokong bergabung semula dengan DAP atas nama gabungan apa pun hanya semata-mata nak balas dendam terhadap Umno rasanya ahli akan ‘break’ sekejap,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mokhtar juga percaya ramai pimpinan Pas juga akan tersungkur jika parti itu bergantung kembali dengan DAP.

“Sekadar ambil semangat dari kata-kata Tuan Guru Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) dalam perjumpaan sebulan lepas.

“Ketika saya berkata kami ini makmum je, dan Ayah Cik (Abdul Hadi) adalah imam kami. Kami tak akan rukuk sebelum tok imam rukuk.

“Lantas Ayah Chik respon; tapi kalau imam tersalah makmum kena ucap Subhanallah tegur tok imam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here