YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei yang disambut hari ini.
Ucapan itu dizahirkan baginda berdua menerusi poster yang dimuatnaik di laman Facebook Istana Negara sebentar tadi.
“Semoga perayaan ini membawa keceriaan, kesejahteraan dan keamanan kepada semua yang menyambutnya,” titahnya. – Malaysiapost

