Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara – MetMalaysia

0
2

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir termasuk hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Negeri Sembilan sehingga jam 6 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).

“Sementara, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan); Perak; Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu (Besut dan Setiu).

“Manakala Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Pekan dan Rompin); Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan; Melaka; Johor dan Sarawak: Kuching, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri (Miri) sehingga 6 petang pada Isnin,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here