Helikopter dinaiki Shafie mendarat cemas

0
3

DATUK Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan helikopter dinaikinya petang tadi terpaksa mendarat cemas akibat cuaca buruk.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Ranau untuk berkempen.

“Petang tadi dalam perjalanan ke Ranau, helikopter yang saya naiki terpaksa buat pendaratan cemas di SMK Tamparuli kerana cuaca buruk,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya lewat malam ini.

Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Interim turut memohon maaf kepada warga sekolah terbabit kerana beliau datang secara tiba-tiba dalam keadaan tidak bersedia.

“Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang sudi luangkan masa dan beri layanan yang cukup baik kepada saya dan kru helikopter.

“Semoga saya berkesempatan untuk datang lagi di sekolah ini pada masa akan datang,” katanya. – Malaysiapost