Pemuda Umno sedia pengangkutan percuma ke pusat vaksin

0
3

PEMUDA Umno Bahagian Pasir Gudang terus berbakti kepada rakyat Johor dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan percuma untuk ke pusat vaksinasi.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata program #PemudaBantuRakyat yang dimulakan sejak penghujung 2020 itu kini diteruskan kepada ibu bapa yang mahu membawa anak mereka mendapatkan vaksin.

“Syabas buat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang di bawah kepimpinan sahabat saya Ketua Pemuda Umno Noor Azleen Ambros yang meneruskan program #PemudaBantuRakyat.

“Program ini bagi membantu masyarakat yang berkeperluan dalam menyediakan pengangkutan percuma yang siap disanitasi ke pusat-pusat vaksinasi.

“Kali ini kepada ibubapa yang hendak membawa anak-anak untuk vaksinasi,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor turut menawarkan Khidmat Sanitasi Percuma kepada rakyat Johor.

“Kita menggerakkan 4,745 Sukarelawan Skuad Sabil untuk menawarkan Khidmat Sanitasi Percuma kepada anggota masyarakat di seluruh negeri Johor,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here