Kedutaan Besar Malaysia di Filipina bantu rakyat terkandas

0
2

KEDUTAAN Besar Malaysia di Manila kini berada di lapangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino untuk memasuki Filipina.

Menerusi ciapan di Twitter, Wisma Putra memaklumkan pihak berkuasa sedang berhubung dengan agensi berkaitan untuk memudahkan kelancaran proses tersebut.

“Kerajaan Malaysia akan sentiasa menjaga dan melindungi hak sesama kita #KeluargaMalaysia,” tulisnya.

Semalam, Seramai 15 pelancong Malaysia dilaporkan terkandas di lapangan terbang tersebut selepas kumpulan itu tidak dibenarkan memasuki Filipina oleh pihak Imigresen berikutan menerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

Mereka dimaklumkan oleh pihak Imigresen negara itu bahawa sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here