TIGA negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau nilai Rt (sebutan R-naught) tertinggi dalam negara, semalam.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar RT bagi wabak Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend penurunan dengan nilai Rt dilaporkan semalam adalah 1.43 berbanding 1.49 kelmarin.
Menurutnya, Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.90, diikuti Sarawak 1.61 dan Sabah 1.60.
“Sementara itu Pulau Pinang menyaksikan Rt pada bacaan 1.44, Perlis 1.43, Pahang 1.39, Selangor 1.37 dan masing-masing 1.35 Kedah, Kelantan dan Johor.
“Manakala Negeri Sembilan dan Terengganu mencatatkan nilai iaitu 1.34, diikuti Putrajaya 1.30, Perak 1.27 dan Kuala Lumpur 1.22,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nilai Rt merupakan salah satu penunjuk digunakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membuat penilaian risiko.
Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif. – Malaysiapost

