Shuk akui kesilapan, mahu jual banglo mewah 

0
2

ASYIK terpalit kontroversi melibatkan kecurangan, pelawak dan bekas penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar mengakui dirinya melakukan kesilapan dengan bermain kayu tiga, termasuk hilang kebahagiaan. 

Perkara itu dikongsi Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammed Sahar menerusi Live TikTok semalam dengan kapsyen: “Semua orang nak jadi baik.. Selingkuh pilihan bukan kebetulan”. 

“Apa yang saya nak cakap satu saja, tak best pun jadi macam aku.. tak best, tak happy dan dia bukan benda kalau aku jadi baik, aku ikut.. tak tahu nak cakap macam mana..yang mana nak minta tips curang tak payah la. 

“Dan aku mungkin orang yang hampa (hangpa, anda semua) kenal, yang hampa nampak jadi kebetulan hampa boleh tengok tapi jangan buat (contohi). Aku curang dengan orang yang sama tau..berkali-kali .. sejujurnya dah ada keluarga sebenarnya dan sebaiknya janganlah curang,” katanya. 

Dalam pada itu, Shuk memaklumkan mahu menjual banglo mewah miliknya di Denai Alam. 

Katanya, aset berkenaan bagi meneruskan hidup serta menjalankan perniagaan dan menegaskan duit itu bukan untuk berkahwin lagi. 

Bagaimanapun, bapa kepada dua anak tersebut terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk menjual rumah banglo demi kelangsungan hidupnya. 

Beliau menawarkan aset berkenaan dengan harga RM1.2 juta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here