SERAMAI 103,222 individu dewasa di Malaysia menerima suntikan dos penggalak Covid-19, semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 13,174,229 atau 40.3 peratus setakat ini.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 22,936,160 juta atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap divaksinasi.
Manakala 23,212,186 juta individu atau 98.7 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,795,278 juta individu atau 89.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksinasi, manakala 2,873,770 juta individu atau 92.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Bagi peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula seramai 135,478 atau 3.8 peratus menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.
Statistik harian menunjukkan sejumlah 142,800 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 38,851 dos pertama dan 727 dos kedua. – Malaysiapost

