PRN Johor: BN tidak boleh ‘overconfident’ dapat laluan mudah

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MESKIPUN kejayaan besar diraih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih segar, namun parti itu diingatkan agar tidak terlalu yakin menghadapi PRN Johor pada 12 Mac ini.

Peringatan itu disuarakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, kemenangan besar di Melaka tidak harus menjadikan BN leka, sebaliknya jadikan ia sebagai penyuntik semangat untuk menawan PRN Johor kali ini.

“Kisah BN menang besar PRN Melaka pada November 2021 masih segar dalam ingatan semua.

“Semangat untuk seluruh jentera BN bekerja dengan lebih kuat, padu dan bijaksana pada PRN Johor.

“Tidak boleh ‘overconfident’ BN akan dapat laluan mudah untuk mengembalikan kesejahteraan buat mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid menggesa jentera BN bergerak pada kadar maksimum di Johor kerana demografi yang sedikit berbeza dengan Melaka selain kali pertama pelaksanaan pengundi 18 tahun pada PRN kali ini.

“Lebih 700,000 pengundi muda yang akan mengundi antara menjadi tumpuan parti politik bertanding.

“BN tentunya begitu juga walau pengundi lama dan sedia ada tetap menjadi fokus gabungan politik ini.

“Media baharu dipenuhi gelombang biru BN perlu diteruskan sebagai salah satu pendekatan strategik.

“Kita yakin jentera BN di Johor yang turut dibarisi ramai anak-anak muda akan berjaya melakukannya,” katanya.

Mengimbas PRN Melaka, Ahmad Zahid berharap BN dapat menghadapi cabaran pelbagai tohmahan dan propaganda lawan yang memburukkan BN ketika itu.

Katanya, begitu banyak propaganda dilemparkan terhadap BN ketika PRN Melaka perlu diadakan.

“Namun akhirnya BN berjaya jua membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat rakyat negeri itu.

“Begitu juga seluruh rakyat Johor yang turut mendambakan kestabilan dan kemakmuran kembali di negeri itu.

“Bersama kita terus mara ke hadapan demi menebus semula kestabilan dan kemakmuran yang dinodai sejak 9 Mei 2018,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here