Jangan nafi sumbangan PAS kepada Kelantan

0
1

KESATUAN dalam PAS Kelantan sebenarnya menjadikan PAS negeri itu antara yang terkuat dan mampu mentadbir sebuah negeri selama lebih tiga dekad, kata Senator Khairil Nizam Khirudin.

Ketua Penerangan PAS itu berkata, beliau percaya kekuatan jentera PAS Kelantan di setiap peringkat sehingga ke cawangan datangnya daripada program tarbiah yang tersusun serta mujahadah ahlinya yang ikhlas berjuang untuk Islam.

“Alhamdulillah berkesempatan mengambil semangat dan berkat daripada aura negeri yang telah ditadbir oleh PAS selama lebih daripada 30 tahun.

“Tidak dinafikan bahawa masih ada banyak ruang untuk kepimpinan PAS Kelantan meningkatkan lagi pencapaian di negeri tersebut.

“Namun, sumbangan PAS kepada pembangunan negeri Kelantan tidak dapat dinafikan,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Terdahulu beliau menghadiri sambutan program Munaqasyah Ucapan Presiden PAS di Kelantan, semalam.

Dalam pada itu, Khairil Nizam berkata, PAS telah melakukan pelbagai perancangan jangka pendek dan panjang untuk kemajuan Kelantan.

Katanya, parti itu juga masih lagi mampu memacu negeri berkenaan walaupun kepimpinan Kerajaan Persekutuan tidak selari dengan kerajan negeri selama puluhan tahun.

“Semoga dengan hubungan baik Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan pada hari ini dapat membuka ruang yang seluas-luasnya bagi usaha-usaha strategik membangun negeri yang sering dizalimi selama ini.

“Terima kasih PAS Kelantan atas sokongan yang hebat ini. Saya tumpang berkat ‘adik abang dan kakok’ sekalian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here