KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berpendapat Datuk Seri Hamzah Zainuddin patut menjadi ‘poster boy’ untuk Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beliau berkata, ini kerana Setiausaha Agung PN itu dengan yakin menyatakan bahawa PN akan menang besar di PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Tapi Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin masih takut untuk pertahan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir. Mungkin Hamzah saja patut jadi Presiden PPBM (Bersatu) atau poster boy PN,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, Hamzah yang juga Pengarah PRN Johor bagi PN yakin akan menang besar pada RRN kali ini yang akan berlangsung pada 12 Mac ini.
Katanya, rakyat Johor akan memainkan peranan penting dalam membantu PN berjaya dalam PRN tersebut dan membentuk kerajaan yang mempunyai integriti serta prihatin rakyat.
“Rakyat akan bersama-sama kita (PN) untuk membuktikan bahawa kita adalah yang lebih baik bagi mencapai kemenangan yang besar pada PRN Johor ini sekali gus mengulangi kejayaan PRN Sabah,” kata Hamzah. – Malaysiapost

