PELAKON dan usahawan, Sharifah Sakinah mengambil keputusan menukar laman Instagramnya sebagai peribadi dan akan menapis dahulu permintaan rakan baharu.
Sharifah Sakinah, 33, menjelaskan semua permintaan rakan baharu akan diterima selepas mendapat keizinan daripada suaminya selepas ini.
“Saya akan tapis permintaan ya. Kalau suami saya tidak terima.
“Kerja saya ‘jual badan’, nak tunjuk satu per satu otot memang kena tunjuk aurat.
“Kalau nak buat permintaan juga jangan menilai. Kalau nak ilmu, sila ikut. Jelas?,” katanya dalam satu hantaran.
Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakannya itu, kerana selepas ini hanya pengikut yang benar-benar mahu mengikuti kelas senaman sahaja akan boleh mengakses video yang dipaparkan Sharifah Sakinah.
Keputusan itu turut disokong kakaknya, Sharifah Shahirah yang tampil meninggalkan komen di hantaran itu.
“Sudah private, ya bagus juga ya,” komen Sharifah Shahirah.
Baru-baru ini, nama Sharifah Sakinah menjadi perbualan selepas mengumumkan telah berkahwin dengan jejaka dari Sweden.
Sharifah Sakinah yang juga pelatih kecergasan kerap memuat naik video beberapa segmen latihan bersama pengikutnya menerusi laman Instagram. – Malaysiapost

