KES baharu harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 22,802 kes menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini melepasi angka 3 juta kes iaitu sebanyak 3,019,163 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, 104 kes atau 0.46 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5
“Manakala 22,698 kes (99.54 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Menurutnya, kategori 1 membabitkan 5,029 kes (22.05 peratus), kategori 2 sebanyak 17,669 kes (77.49 peratus) dan kategori 3 pula adalah 82 kes (0.36 peratus).
“Kategori 4 sebanyak 14 kes (0.06 peratus) dan kategori 5 sebanyak lapan kes atau 0.04 peratus,” katanya. – Malaysiapost

