Moga PBRS terus cemerlang membawa obor BN di bumi Sabah – Asyraf Wajdi

0
3

KETUA Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) terus cemerlang di bumi Sabah sebagai komponen Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, PBRS adalah komponen BN yang kekal setia mewakili majoriti Bumiputera bukan Islam dikalangan Kadazan, Dusun dan Murut.

“Pagi ini hadir sebagai Pengerusi Pemuda BN di Persidangan PBRS di Kota Kinabalu.

“PBRS mengisytiharkan kemasukan ahli teramai tahun ini iaitu hampir 90,000 dengan penambahan cawangan kepada 45 seluruh Sabah.

“Moga PBRS terus cemerlang membawa obor BN di bumi Sabah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Persidangan Perwakilan Tri-Tahunan PBRS Ke-3 diadakan di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, Likas Kota Kinabalu Sabah, hari ini dan dirasmikan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here