Ezzaty Abdullah selamat timang bayi lelaki

0
2

PASANGAN pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos menimang cahaya mata kedua hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Ezzaty menerusi Instagram miliknya, serta memuat naik gambar tangan bayinya dan memaklumkan selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi.

“10 Rejab pagi Jumaat. Jam 3.53 pagi, lahir bayi kami dengan selamat.

“Terima kasih atas doa yang tidak putus daripada semua. Alhamdulillah,” tulisnya.

Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan, Harum Dalia yang kini berusia lima tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here