Nur Alert: Pelajar perempuan hilang

0
2

ORANG ramai diminta membantu mengesan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Hebahan mengenai kehilangan P Pavitra turut dibuat melalui Nur Alert dan dikongsikan menerusi platform media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk laman Facebook Polis Bentong.

Berdasarkan hebahan itu, kehilangan remaja berkenaan yang juga pelajar Sekolah Menengah Ketari, Bentong, Pahang dilaporkan semalam.

Pavitra yang mempunyai fizikal dengan ketinggian 166 sentimeter dan berat 55 kilogram, berambut hitam serta berbadan kurus kali terakhir dilihat memakai pakaian pendidikan jasmani Sekolah Menengah Ketari dan berseluar hitam.

“Mohon bantuan untuk kongsikan hantaran ini. Bantu kami kesan adik Pavitra.

“Hubungi Sarjan Azrol Osman di talian 019-984 2329 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-222 2222,” menurut hebahan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here