Latiff tak mahu tanding PRN Johor

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632903586368","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

AHLI Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad hari ini memaklumkan beliau tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkannya menumpukan sepenuh masa kepada tugasnya sebagai Ahli Parlimen Mersing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

“Saya juga akan memberikan sepenuh komitmen dalam membantu gerak kerja parti dan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan kemenangan calon-calon PN nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta rakyat Johor agar menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi dan membuat pilihan bijak terutamanya 700,000 pengundi baharu.

Ia termasuk 180,000 anak muda berusia 18 hingga 20 tahun yang didaftarkan secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here