PENDAKWAH, Muhaizad Mohamed memaklumkan sesi perjumpaan beliau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bagi memberi keterangan berhubung isu jejak langkah Rasulullah SAW selesai pagi tadi.
“Alhamdulillah telah selesai pertemuan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pagi ini.
“Alhamdulillah perbincangan berakhir dengan baik. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak JAHEAIK atas layanan dan kerjasama yang diberikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Semalam, Muhaizad dilaporkan dipanggil memberi keterangan kepada JAHEAIK hari ini susulan kenyataan beliau dalam ceramah baru-baru ini menyatakan dirinya memilih untuk mengikuti jejak langkah tok guru berbanding Rasulullah SAW.
Perkara itu mendapat perhatian dalam kalangan ustaz dan sehubungan itu, mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Muhaizad.
Ini kerana kenyataan beliau yang dianggap mengelirukan serta boleh menyelewengkan pemikiran orang Islam. – Malaysiapost

