10 kematian Covid-19 semalam

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA merekodkan 10 kes kematian Covid-19 semalam sekali gus jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,075.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, hanya satu kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Perak dan Selangor masing-masing mencatatkan angka kematian sebanyak dua kes, diikuti Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan satu kes.

Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here