Pemuda PH seolah-olah hilang taring – DPIM

0
2

RUNDINGAN pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor antara Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang lain menunjukkan suara anak muda gabungan itu seolah-olah dibisukan oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Situasi itu kata Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata menyebabkan Pemuda PH nampak seakan-akan hilang taringnya.

Katanya, di saat MUDA melukut kerusi, MUDA turut menyerang PH di media sosial dengan pelbagai isu, termasuk isu rasuah yang menampakkan tindak-tanduk MUDA seperti tidak ikhlas dalam bersahabat.

“Rundingan kerusi antara MUDA dan DAP serta Amanah telah dimuktamadkan. Namun, siapa tahu jika ada rundingan kerusi antara Pejuang dan MUDA yang berlaku di belakang tabir.

“Adakah MUDA menjadi tunggangan Pejuang, yang sekali lagi menikam PH terutama PKR? Jelas sekali, keahlian MUDA terdiri daripada anak-anak taikun besar di Malaysia yang nama mereka tersohor ketika era pemerintahan Perdana Menteri ke-4,” katanya menerusi kenyataan.

Shahir berkata MUDA sering bercakap isu rasuah dan pengubahan wang haram dengan pelbagai lontaran di media sosial namun hakikatnya Presiden MUDA sendiri terpalit isu tersebut dengan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Presiden MUDA katanya, turut terpalit dua tuduhan melakukan pecah amanah dana parti bernilai RM1 juta dan salah guna wang kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

“Anak muda perlu membuat pilihan yang baik demi masa depan negara. Kestabilan politik adalah kunci kepada kerancakan ekonomi negeri dan negara.

“Anak muda ditipu dengan manifesto PH, ketika itu Ketua Pemuda PH adalah Presiden MUDA sekarang. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here