19,090 kes baharu Covid-19

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES baharu harian Covid-19 kini hampir mencecah 20,000 kes dengan jumlah yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 19,090 kes.

Jumlah itu juga adalah yang tertinggi selepas peningkatan kes mencecah lima angka sejak 6 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,975,422 kes.

“Daripada kes harian yang dilaporkan hari ini; 113 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 18,977 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, kategori 1 adalah membabitkan 4,898 kes (25.66 peratus), kategori 2 sebanyak 14,079 kes (73.75 peratus), kategori 3 pula 79 kes (0.41 peratus), manakala kategori 4 sebanyak 28 kes (0.15 peratus) dan kategori 5 sebanyak enam kes (0.03 peratus).

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here