JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda enam negeri hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa daerah di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak sehingga jam 4 petang ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Selangor (Sabak Bernam); Negeri Sembilan (Port Dickson dan Rembau) dan Melaka.
“Selain itu, Sarawak melibatkan
Sibu dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) serta Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 4 petang pada Khamis.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

