Amanah lancar kutipan dana untuk PRN Johor

0
1

PARTI Amanah Negara (Amanah) akan melancarkan kutipan dana bagi menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Majlis pelancaran bagi kutipan dana tersebut akan berlangsung malam ini dan disiarkan di Facebook rasmi parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menerusi hantaran di Facebooknya berkata PH sedia bekerjasama dengan rakan-rakan strategik agar tiada pertindihan kerusi dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Johor.

“Kita menjemput semua pihak, segenap lapisan rakyat memberikan sokongan kepada kita, untuk membantu kita memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan negeri baru, InsyaAllah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here