PRN Johor: Amanah, DAP beri laluan MUDA tanding 6 kerusi

0
2

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Kerusi tersebut ialah DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap, Puteri Wangsa dan Bukit Permai.

Perkara itu dimuktamadkan hasil rundingan rasmi antara parti itu bersama DAP dan Amanah.

Menerusi kenyataan hari ini, ketiga-tiga parti menyatakan rundingan rasmi itu telah bersetuju dengan tiga matlamat utama, antara lain memastikan tiada pertindihan kerusi antara calon-calon mereka.

“Selain itu, menumpukan usaha dan tenaga kerja jentera Amanah, DAP dan MUDA untuk memenangi setiap calon; dan bersama-sama menubuhkan kerajaan negeri Johor demi membantu rakyat mencapai impian mereka,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, rundingan antara MUDA dan PKR sedang diteruskan demi kesepaduan menghadapi PRN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here