Muhyiddin positif Covid-19

0
2
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba kira-kira pukul 12.43 tengah hari di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan selepas Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, membuat ujian saringan pagi tadi.

“Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” katanya menerusi Facebook.

Justeru, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here