Omicron mungkin bukan varian terakhir Covid-19 – Kit Siang

0
2
https://www.roketkini.com/2021/10/13/covid-19-mengapa-prestasi-malaysia-lebih-buruk-berbanding-indonesia/

VETERAN DAP, Lim Kit Siang berpandangan Omicron mungkin bukan varian terakhir untuk menamatkan pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, berkata, ini kerana Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menjangkakan lebih banyak varian Covid-19 akan muncul tahun ini selain menggesa rakyat negara itu bersedia.

“Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berharap penularan varian Omicron ini akan berakhir dalam satu atau dua bulan lagi untuk membolehkan Aidilfitri disambut pada awal Mei tanpa sekatan pergerakan.

“Tetapi, Omicron ini mungkin bukan varian terakhir yang akan muncul untuk menamatkan pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, minggu lalu New Zealand mencatatkan rekod baharu kes harian dan dijangkakan kes di negara itu akan meningkat sekitar 10,000 ke 30,000 kes sehari.

Katanya, sekiranya Malaysia menuruti langkah New Zealand, angka rekod 24,599 kes yang dicatatkan negara pada 26 Ogos lalu mungkin akan meningkat beberapa kali ganda.

“Gelombang Omicron sedang melanda negara-negara ASEAN. Semalam, Singapura mencatatkan 13,011 kes, Indonesia (37,492), Vietnam (21,909), Thailand (10,398).

“Sementara, Filipina mencatatkan jumlah kes terendah dalam tahun 2022 – 3,574 kes – selepas berhadapan dengan peningkatan mendadak kes Omikron sebelum ini,” katanya.

Namun, Kit Siang berkata, kadar kematian akibat Omicron adalah lebih rendah berbanding dengan Delta.

“Kadar kematian di Malaysia dalam dua minggu yang lepas adalah 126 berbanding dengan kemuncak 592 kematian pada 11 September 2021.

“Dengan 2,939,198 kes dan 32,056 kematian akibat Covid-19, Malaysia jatuh daripada tempat ke-20 empat bulan lepas, ke tempat ke-28 dari segi negara dengan jumlah kes tertinggi.

“Justeru, Malaysia perlu menurunkan lagi kedudukan kita dalam carta kes terkumpul ini,” katanya.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan gelombang penularan Omicron dapat diturunkan sebulan atau dua bulan lagi sekali gus membolehkan sambutan Aidilfitri Mei depan tanpa sekatan pergerakan.

Bagaimanapun, Khairy berkata, ia bergantung kepada pematuhan langkah pengawalan oleh rakyat termasuk mengambil dos penggalak dan mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here