Tekan ‘butang’ hanya ugutan – Mohd Puad

0
2

TINDAKAN Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini dilihat sebagai langkah pengecut.

 Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berpendapat tindakan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah kerana takut tewas di kerusi berkenaan.

“Langkah Muhyiddin tidak pertahan kerusi DUN Gambir bukan langkah bodoh. Itu langkah pengecut. Takut kalah.

“Rosaklah imej Bersatu dan Muhyiddin yang mahu kembali jadi Perdana Menteri ke-10,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu dalam satu lagi hantaran, Mohd Puad juga mendakwa Muhyiddin tidak menekan ‘butang’ bukan kerana tidak mahu rakyat menjadi mangsa jika Bersatu keluar daripada kerajaan, tetapi sebaliknya takut jika pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal.

“Sebenarnya rakyat sudah ramai terkorban kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separuh masak oleh PM ke 8. Mereka hilang perniagaan, hilang pekerjaan, hilang pendapatan dan ada yang bunuh diri.

“Bersatu tidak akan berani keluar kerajaan. Tekan butang hanya ugutan,” katanya.

Beliau mendakwa, jawatan Menteri adalah talian hayat bagi Bersatu dan tindakan keluar kerajaan memang ‘langkah bodoh’ untuk mereka.

“Bersatu sebenarnya takut PRU awal. Apakah tumbangkan kerajaan sendiri (22 bulan) dan langkah Sheraton bukan langkah bodoh yang bunuh rakyat? Maka apakah kamu bertanggungjawab?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here