Pejuang mahu tanding solo di Johor, tolak kerjasama dengan PH

0
2

PEJUANG kekal dengan keputusan bertanding solo sekali gus tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk ‘khemah besar’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Pejuang bagaimanapun membuka ruang perbincangan dengan MUDA bagi berdepan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Ketika ini, masih berdiri solo dan kita tidak tubuhkan gabungan sendiri. Perbincangan juga dimulakan dengan MUDA, dengan (Presiden MUDA) Syed Saddiq (Abdul Rahman), tapi belum dimuktamadkan.

“Kalau menjadi (kerjasama dengan MUDA), kita boleh buat pengumuman dalam masa terdekat. Dengan pihak lain belum ada perbincangan mendalam. Contohnya dengan PH,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Menjelaskan lebih lanjut, Mukhriz berkata ada perkara berkaitan soal prinsip yang menyukarkan kerjasama Pejuang dan PH, berdasarkan pengalaman lalu.

“Kita lihat ada prinsip tertentu yang bukan setakat berbeza, tapi bertentangan antara parti-parti (dalam PH). Kita ada pengalaman itu. Waktu itu, memang kita ada agenda yang satu, iaitu untuk mengalahkan penyangak.

“Sekarang ini, bila kita saling mengenali, kita rasakan mungkin juga ada ruang kerjasama, walaupun tidak boleh dipupuk dalam satu bentuk gabungan. Mungkin kerjasama dalam bentuk yang lain,” katanya.

Mengulas kerjasama dengan PN, Mukhriz berkata: “Dengan PN tidak ada. Kita pun tak berapa nak layan mereka.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here