Tak sampai satu peratus kes kategori 3, 4, 5 – Noor Hisham

0
2

HANYA 73 daripada keseluruhan 13,944 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Malaysia hari ini melibatkan kategori 3, 4 dan 5, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia bersamaan 0.52 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.

“Daripada 13,944 kes harian yang dilaporkan hari ini, 73 kes (0.52%) kategori 3, 4 dan 5. (Manakala) 13,871 kes (99.48%) kategori 1 dan 2,” katanya menerusi perkongsian di media sosial miliknya.

Beliau turut berkongsi perincian kategori kes iaitu kategori 1 (3,942 kes, 28.27%); kategori 2 (9,929 kes, 71.21%);
kategori 3 (54 kes, 0.39%); kategori 4 (11 kes, 0.08%) dan kategori 5 (8 kes, 0.05%).

Terdahulu sebanyak 13,944 kes dilaporkan hari ini, iaitu peningkatan 2,910 kes berbanding 11,034 semalam, dipercayai akibat penularan varian Omicron.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes terus meningkat kepada 2,939,198 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here