Najib sindir Muhyiddin, semalam kata Omicron bahaya, hari ini umum buka sempadan

0
2

DATUK Seri Najib Razak hari ini menyindir Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan pengumuman Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berhubung cadangan pembukaan sempadan negara sepenuhnya pada 1 Mac ini.

Menurut Najib, baru semalam Muhyiddin menyatakan Omicron sangat berbahaya serta tidak mahu rakyat menjadi mangsa dan sebab itulah Presiden Bersatu itu tidak mahu ‘menekan butang’ bagi menarik sokongan terhadap kerajaan.

“Semalam, Omicron sangat berbahaya. Jangan rakyat terkorban. Sebab itu kita tidak tekan butang.

“Hari ini, Omicron ada di seluruh dunia dalam masyarakat, jadi tidak boleh pilih-pilih. Sempadan negara perlu dibuka sepenuhnya tanpa kuarantin bermula 1 Mac,” sindir Najib menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Muhyiddin dilaporkan berkata Bersatu kekal menyokong Kerajaan Pusat sekarang walaupun bakal berdepan sekali lagi dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Muhyiddin berkata keputusan itu dibuat kerana memikirkan kepentingan rakyat yang masih bergelut untuk membina kehidupan dan situasi semasa kes Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini.

“Bersatu fikir kepentingan rakyat dan negara supaya rakyat tak terkorban disebabkan langkah bodoh kita dan hanya fikir kepentingan parti.

“Nanti rakyat akan cakap apa yang cuba anda lakukan? Pasal push button (tekan butang), tarik sokongan ini, adakah wajar? Hanya untuk kepentingan saya atau parti tertentu sahaja?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here