CITF akan umum pemberian vaksin di sekolah – KJ

0
2

PASUKAN Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) akan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) di peringkat sekolah.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyatakan pendaftaran untuk PICKids serta suntikan vaksin akan dilaksanakan di sekolah.

Setakat ini katanya, seramai 663,641 kanak-kanak telah mendaftar untuk PICKids.

“CITF-C akan umumkan pelaksanaan #PICKids di peringkat sekolah. Pendaftaran dibuat oleh sekolah dan suntikan juga di sekolah dengan rakan-rakan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Khairy turut berkongsi angka pendaftaran kanak-kanak yang terus mencatatkan peningkatan dengan pendaftaran tertinggi direkodkan di Selangor iaitu 184,000 kanak-kanak, diikuti Johor (103,000) dan Kuala Lumpur (70,000).

PICKids dilancarkan pada 3 Februari lalu yang mana melalui program ini kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan menerima dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.

Golongan tersebut akan menerima vaksin Cominarty oleh Pfizer-BioNTech, dengan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here