Kes baharu Covid-19 hampiri angka 14,000

0
2
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

KES harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak apabila mencecah hampir 14,000 hari ini.

Sebanyak 13,944 kes dilaporkan hari ini, iaitu peningkatan sebanyak 2,910 kes berbanding 11,034 kes semalam, dipercayai akibat penularan varian Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes terus meningkat kepada 2,939,198 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here