‘Kalau takut Covid-19, kenapa Bersatu tak boikot PRN Johor?’ – Khairuddin

0
2

KETUA Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertikaikan tindakan Bersatu yang tidak memboikot Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, walaupun ia berlangsung ketika penularan varian Omicron.

Beliau mempersoalkan perkara itu susulan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Bersatu tidak meninggalkan Umno kerana bimbang kerajaan tumbang, dan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terpaksa diadakan ketika kes Covid-19 meningkat.

“Muhyiddin kononnya tak mahu tinggalkan Umno takut kerajaan tumbang dan terpaksa adakan PRU14 di saat kita hadapi Covid-19 serta Omicron. (Jadi) mengapa Bersatu tak boikot saja PRN Johor?.

“PRN Johor bakal berjalan di waktu pandemik Covid-19 dan penularan Omicron. Pada masa kini, kes baharu Covid-19 menjangkaui lebih dari 10,000 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malah, Khairuddin turut mempersoalkan mengapa Bersatu setuju untuk mengadakan PRN Melaka sekiranya benar bimbang dengan penularan Covid-19.

Beliau berkata, hakikatnya Muhyiddin tidak mahu tinggalkan kerajaan kerana mahu Bersatu berkuasa untuk agenda dan kepentingan diri.

“Sesungguhnya, Muhyiddin yang mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 yang memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan yang sah.

“Muhyiddin adalah orang yang bertanggungjawab menyerahkan semula kuasa kepada Umno dan puak kleptokrats.

“Lanskap politik negara menjadi kelam-kabut pada hari ini disebabkan oleh agenda Muhyiddin. Hanya Pejuang kekal berprinsip,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here