DALAM sidang media khas Perdana Menteri sebentar tadi, warganet mengesan penampilan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak seperti biasa.
Berdasarkan tinjauan Malaysiapost di beberapa siaran ‘FB Live’ sidang media Perutusan Khas Kita Prihatin itu, rata-rata warganet memuat naik komen berkenaan keadaan kesihatan Perdana Menteri.
Sepanjang sidang media itu, Perdana Menteri kelihatan kepenatan, dengan sesekali nafasnya kedengarab seperti tercungap-cungap serta kerap kali ‘berdehem’.
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan perkara sama, sambil berharap serta mendoakan agar Perdana Menteri menjaga kesihatan.
Menurut komen warganet di Facebook, ramai yang bertanya tentang kesihatan Perdana Menteri yang mesra dengan jolokan “Abah” itu, kerana beliau kelihatan lesu semasa sesi pengucapan tersebut.
“Can someone give abah a glass of water please, abah rileks sikit,” kata Ashar Mustafa.
“Abah tolong rest dulu.. semoga diberi kesihatan yang baik,” tulis Tamama Chan.
“Abah..jaga kesihatan..looks like macam kurang sihat,” kata Faa Iszaa.
Sementara itu, rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan Muhyiddin agar sentiasa sihat untuk mentadbir negara dan dalam masa yang masa berehat demi menjaga kesihatan diri.
“Ya Allah sihatkan abah panjangkan umur abah, tak mahu menteri lain selain abah,” tulis Razmida Mohd Nur.
“Abah banyak berkorban untuk rakyat, walaupun semua tahu kesihatan abah macam mana,TQ abah,” tulis Ira Arina.
“Abah penat balik dari Sabah. Banyakkan berehat dan semoga abah sihat-sihat selalu. Terima kasih abah,” kata Kak Engku Naza.
Dalam sidang media itu, Perdana Menteri antara lain mengumumkan inisiatif bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19. – Malaysiapost


