89 kluster baharu Covid-19 dikenal pasti

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 89 kluster baharu Covid-19 pada Minggu Epidemiologi (Epid) 5.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kluster baharu itu dikenal pasti sekali gus jumlah kluster aktif kini meningkat kepada 353 kluster.

“Daripada 89 kluster baharu ini, 58.4 peratus atau 52 kes merupakan kluster pendidikan; 20 (22.5%) kluster tempat kerja; 7 (7.9%) kluster komuniti; 6 (6.7%) kluster dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi; 3 (3.4%) kluster pusat tahanan; dan satu (1.1%) kluster keagamaan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, terdapat penurunan jumlah kluster yang dilaporkan pada Minggu Epid 5 iaitu sebanyak 16 peratus berbanding 106 kluster dilaporkan pada minggu sebelumnya iaitu Minggu Epid 4 tahun 2022.

“Kategori kluster yang menunjukkan peningkatan pada Minggu Epid 5 tahun 2022 adalah Kluster Tempat Kerja iaitu peningkatan 5.3% daripada Minggu Epid 4 kepada 20 kluster pada Minggu Epid 5.

“Manakala Kluster Komuniti, peningkatan 75% daripada 4 kluster pada Minggu Epid 4 kepada 7 kluster pada Minggu 5 dan Kluster Kumpulan Berisiko pula, peningkatan 200% daripada 2 kluster pada Minggu Epid 4 kepada 6 kluster pada Minggu Epid 5.

“Bagi Kluster Pusat Tahanan, tiga kluster dilaporkan pada Minggu Epid 5 berbanding tiada kluster pada Minggu Epid 4 serta Kluster Aktiviti Keagamaan, satu kluster dilaporkan pada Minggu Epid 5 berbanding tiada kluster pada Minggu Epid 4.

“Sementara Kluster Pendidikan telah menunjukkan penurunan sebanyak 35.8% pada Minggu Epid 5, iaitu daripada 81 kluster pada Minggu Epid 4 kepada 52 kluster pada Minggu Epid 5,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here